Sekali pun tidak pernah bermain bersama kelab itu, namun mural dan potret legenda Perancis itu banyak menghiasi kawasan peranginan di Corniche, Marseille bagi menghargai jasa Zidane yang menjaringkan gol insipirasi di pentas akhir untuk memenangi Piala Dunia 1998.

“Marseille berpeluang cerah untuk memenanginya. Satu pencapaian yang menakjubkan kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir, mereka melaksanakan tugas dengan baik.

“Pertembungan dua kelab hebat di final Liga Europa, tetapi bagi saya Marseille lebih berupaya memenanginya.

“Cuma tiada nasihat untuk saya berikan kepada mereka, namun saya yakin mereka berpeluang,” katanya di Corsica hari ini selepas beraksi dalam majlis perlawanan amal yang dianjurkan oleh bekas penjaga gol Marseille Pascal Olmeta.- AFP