Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Zidane puji karakter Real Madrid

PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema (kiri) dan pemain pertahanan
PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema (kiri) dan pemain pertahanan Athletic Bilbao, Yeray Alvarez saling menolak ketika cuba merebut bola dalam perlawanan di Stadium San Mames, Bilbao semalam. AFP

MADRID 19 Mac – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane memuji karakter yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya sehingga berupaya menghalang asakan Athletic Bilbao ketika mereka menang 2-1 di San Mames Barria hari ini.

Pemain tengah antarabangsa Brazil, Casemeiro menyumbat gol kemenangan dari jarak dekat pada minit ke-68 untuk memastikan Real terus mengekalkan kedudukan di puncak liga de­ngan kelebihan lima mata ke atas Barcelona.

“Kami dipaksa bekerja keras, tetapi pada masa sama kami juga bermain dengan karektor yang hebat. Ini satu kemena­ngan yang penting dan memastikan kami meneruskan rentak bagus,” kata Zidane.

Karim Benzema meletakkan pasukan pelawat di depan setelah menyambar umpanan Cristiano Ronaldo pada minit ke-25 tetapi Aritz Aduriz menyamakan kedudukan pada minit ke-65.

Kekalahan itu menamatkan rentak tanpa kalah dalam 19 perlawanan di tempat sendiri yang dicatatkan Athletic. Mereka juga kekal kurang empat mata daripada slot ke Liga Juara-juara.

“Saya tahu tugas saya dalam pasukan ini dan sebenarnya agak sukar untuk saya menjaringkan gol kerana terdapat pemain yang lebih berbakat berbanding saya berada di hadapan.

“Sungguhpun begitu, jika saya boleh menjaringkan gol, maka situasi akan menjadi lebih baik,” kata Casemiro. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain