“Saya telah tandatanganinya,” ujar jurulatih dari Perancis itu selepas pasukannya sekadar seri 2-2 menentang Numancia, sebelum mara ke suku akhir Copa del Rey menerusi agregat 5-2.

Selepas bermula baik bersama Real, dengan lapan trofi daripada 10 yang berpeluang untuk dimenangi, Zidane bagaimanapun bergelut untuk musim ini selepas pasukannya tercicir 16 mata di belakang pendahulu La Liga Barcelona.

“Saya menikmati semua perkara yang saya buat setiap hari kerana itulah cara saya. Saya tidak dapat bayangkan selaku jurulatih untuk tempoh dua, tiga tahun sebab saya tidak suka memikirkan tentang itu.

“Saya tahu bagaimana ia akan terjadi, tidak lebih biarpun dengan kontrak ini...ia tidak mengubah apa-apa,” kata jurulatih berusia 46 tahun itu.- AFP