ZINEDINE ZIDANE - AFP

Jaringan tunggal Cristiano Ronaldo pada minit ke-24 dalam 15 perlawanan tahun ini tidak cukup untuk memastikan tiga mata menjadi Real apabila Antoine Griezmann meledak gol penyamaan mencuri satu mata berharga.

Keputusan seri itu menyebabkan Real jatuh ke tangga keempat di belakang Valencia yang menewaskan Espanyol 1-0.

Ronaldo dibawa keluar selepas beraksi 60 minit di Santiago Bernabeu manakala Luka Modrid dan Karim Benzema dimasukkan dengan Zidane perlu menjaga pemainnya untuk aksi timbal balik menentang Juventus di laman sendiri.

Real memiliki bekalan selesa apabila menewaskan Juve 3-0 dalam aksi suku akhir pertama di Turin dan pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone melihat skuad Los Blancos sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan berprestij di Eropah itu buat kali ketiga berturut-turut.

Begitu pun, Zidane berkata dia status Real sebagai pasukan pilihan mampu menjejaskan tumpuan pemainnya.

“Semua orang fikir kami akan mara ke suku akhir dan kami tidak boleh terlalu memikirkan mengenai perkara itu. Kami tahun kami akan menderita lagi pada Rabu ini.

“Kami sepatutnya menang pada perlawanan hari ini dan apa yang berlaku memang memalukan. Kami ada banyak peluang namun pada penhujung permainan kami terpaksa akur,” kata Zidane.

Gol penyamaan Griezmann hadir dalam penampilannya yang ke-200 bersama Atletico manakala Ronaldo yang ke-500 dalam 161 aksi liga.

“Dia (Griezmann pemain yang hebat, dia tidak bermula dengan baik pada musim ini dan dia tahu mengenainya. Saya fikir kehadiran (Diego) Costa banyak membantunya dengan memberi sokongan kepadanya sehingga membolehkan dia bergerak bebas,” kata Simeone.

Real akan melayan kunjungan Juventus dalam aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara, esok yang menyaksikan Los Blancos mempunyai bekalan selesa selepas melakar kemenangan 3-0 dalam aksi suku akhir pertama- AFP