Sebaliknya jurulatih yang berasal dari Perancis itu mahu anak buahnya mengambil ikhtibar daripada aksi menentang Juventus di suku akhir sebelum ini apabila kelab gergasi Itali itu bangkit daripada kekalahan 0-3 di Turin dengan menewaskan mereka 1-3 di Madrid.

Sehubungan itu, Zidane menyifatkan Real Madrid belum lagi berada sebelah kaki ke final walaupun memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri pada aksi kedua separuh akhir minggu depan.

“Kami masih terpaksa berjuang habis-habisan pada aksi kedua nanti kerana tiada keputusan muktamad lagi sama seperti ketika menentang Juventus tempoh hari. Kami perlu bergelut lagi berdepan Bayern dengan cara yang berbeza di tempat sendiri.

“Jika tidak, keputusan akan bertukar buruk buat kami minggu depan,” katanya memberi amaran selepas menyaksikan pasukannya ketinggalan terlebih dahulu menerusi jaringan Joshua Kimmich sebelum Marcelo menyamakan kedudukan dan Marco Asensio meledakkan gol kemenangan. - AFP