Juara Eropah itu tewas 1-2 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Bernabeu menyaksikan Leganes layak ke peringkat separuh akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan selepas terikat dengan aggregat 2-2.

Leganes juga muncul pasukan pertama dalam sejarah Copa mengalahkan Madrid di Bernabeu, malah dengan ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu LaLiga, Barcelona, ​​peluang Madrid untuk menambah koleksi kejuaraan domestik selepas Supercopa de Espana sudah berakhir.

“Sudah tentu saya bertanggungjawab. Ini adalah kegagalan saya. Kami tidak bermain seperti dalam perlawanan ketika separuh masa pertama dan keputusan ini adalah logik kerana pasukan lawan bermain lebih baik daripada kami.

“Ini merupakan satu tamparan besar untuk kami, tiada sesiapa menjangka keputusan ini terutama saya sendiri tetapi inilah bola sepak.

““Saya pengurus, saya memi
lih pasukan dan saya salah dalam banyak perkara, terpulang kepada saya untuk mencari penyelesaian, saya akan terus bertarung, bekerja, berjuang dan mencari perkara yang diperlukan oleh pasukan,” katanya yang baharu menandatangani kontrak sehingga tahun 2020.

Dua gol Leganes dijaringkan Javi Eraso minit ke-32, disusuli gol kemenangan Gabriel minit ke-56 manakala gol tunggal Madrid dihasilkan Karim Benzema pada minit ke-47. – AGENSI