Zico, 61, yang bermain dalam tiga Piala Dunia dan telah menjadi jurulatih di seluruh dunia, akan menjadi pengurus dengan francais di Goa untuk kejohanan selama 10 minggu itu.

Kejohanan itu telah menggunakan kejohanan kriket Liga Perdana India (IPL) sebagai model dengan harapan untuk meningkatkan taraf bola sepak di negara yang gilakan kriket ini.

Zico, salah seorang anggota skuad Brazil dalam Piala Dunia 1978 hingga 1986, menandatangani kontrak di Rio de Janeiro semalam, menurut kenyataan kelab bola sepak Goa.

"FC Goa rasa bangga kerana dapat menumumkan bahawa pemain legenda bola sepak Brazil, Zico telah bersetuju untuk menjadi pasukan kami yang akan bermain dalam Liga Super India," menurut kenyataan itu.

Bekas pemain terkemuka lain yang menyertai liga itu, sama ada selaku jurulatih atau pemain, termasuklah pemain legenda Itali, Alessandro Del Piero; penyerang Perancis dan Juventus, David Trezeguet, rakan senegaranya Robert Pires; bintang Sepanyol, Luis Garcia dan penjaga gol England, David James.

Liga itu mendapat dana daripada syarikat India, Reliance Industries yang dikuasai oleh orang terkaya negara ini Mukesh Ambani, gergasi pengurusan sukan IMG dan Star TV milik Rupert Murdoch.

India, di anak tangga ke-150 dalam ranking dunia, telah dianggap sebagai "gergasi sedang tidur" oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter. - AFP