Zahasmi Ismail

Perkembangan tersebut di­perkuatkan lagi apabila pengendali Kelantan, Za­hasmi Ismail mem­buat keputusan me­ngejut untuk bercuti daripada menjalankan tugas selama seminggu meskipun The Red Warriors (TRW) ba­kal berdepan aksi penting menentang Melaka 28 Oktober depan.

Keputusan Zahasmi itu dikatakan berpunca dengan situasi yang sedang melanda Kelantan ketika ini.

Ekoran daripada konspirasi tersebut, Kelantan juga difahamkan akan mempertaruhkan barisan pemain muda untuk aksi hidup mati menentang Melaka nanti jika Zahasmi kembali menerajui pasukan dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, pemain yang dikatakan terlibat dengan kontroversi itu merupakan tonggak berpengaruh TRW dan pernah membantu pasukan merangkul kejuaraan trebel musim 2012.

Lima tonggak itu masing-masing beraksi di posisi penjaga gol, pertahanan, tengah dan sayap dan kesemua mereka ini merupakan tonggak utama dan berpengalaman dalam pasukan Kelantan.

Semalam, Presiden Persa­tuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita mengesahkan wujud konspirasi itu dan pihaknya sedang mengenalpasti pemain serta individu terbabit.

Bagaimanapun hari ini, usahawan wanita itu menafikan wujudnya konpirasi itu, sebaliknya menjelaskan pertemuan tersebut hanya bagi membincangkan mengenai masalah yang dihadapi pemain TRW.

Dalam masa sama, Bibi Ramjani juga mendakwa konspirasi yang tersebar itu sebenarnya bertujuan untuk melaga-lagakan antara pihak pengurusan dengan pemain selain menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan penyokong.

"Saya tengok dakwaan ini tidak masuk akal. Sebenarnya datuk itu sudah datang berbincang dengan saya untuk mengadakan pertemuan dengan pemain bagi bertanyakan masalah menjelang pertemuan dengan Melaka nanti.

"Kebetulan pula pada hari itu, saya ada temu janji dengan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Md. Alwi Che Ahmad bagi membincangkan mengenai bangunan milik agensi itu yang dijadikan sebagai pejabat KAFA," katanya.

Selepas mengharungi 21 perlawanan, Kelantan menghuni tangga ke-11 dalam carta Liga Super dengan mengumpul 19 mata dan mereka perlu menang dengan Melaka sambil mengharapkan T-Team tumbang kepada Sarawak untuk terus kekal dalam Liga Super.