Turut mencatat kemenangan 1-0 dalam aksi pertama menerusi jaringan Mario Gomez, Selasa lalu, Wolfsburg mengesahkan kemenangan hasil jaringan babak kedua Veirinha.

Ia selepas bola percubaan Yunus Malli “muntah” betul-betul di depan pemain sayap Portugal itu yang tidak mensia-siakan peluang dengan menolak kemas ke dalam gawang tuan rumah.

“Saya gembira dan lega. Saya percaya pemain dan penyokong turut lega dengan keputusan ini, dan tiada sebab untuk kami meraikan kerana ia diraih dengan cara paling minimum,” kata Andries Jonker, pengendali ketiga Wolfsburg pada musim ini selepas Dieter Hecking dan Valerien Ismael dipecat pada Oktober dan Februari lalu. -AFP