All England Club digesa memikirkan semula jadual perlawanan yang bermula pada 2 petang, Ahad ini kerana final bola sepak Piala Dunia di Moscow berlangsung pada pukul 4 petang waktu Britain.

Sekiranya England mengalahkan Croatia pada separuh akhir, Rabu ini (pukul 2 pagi Khamis waktu Malaysia), mereka berpeluang untuk merebut kejuaraan yang kali pertama dan terakhir dimenangi pada 1966.

“Keputusan kami adalah jelas pada pukul 2 petang. Ia kekal tahun ini dan akan kekal tahun depan,” kata Ketua Eksekutif All England Club, Richard Lewis.

Tegasnya lagi, mereka juga tidak bercadang untuk menyiarkan perlawanan separuh akhir atau akhir Piala Dunia 2018 secara langsung menerusi layar gergasi yang terdapat di Gelanggang Satu. - AFP