The Hammers dalam satu kenyataan menyatakan bahawa mereka berhasrat untuk meneruskan kontrak lima tahun yang ditandatangani pemain Austria pada 2017 lalu.

Ejen Arnautovic yang juga abangnya, Danijel mendedahkan bahawa adiknya itu berminat untuk melihat kelab London itu menerima tawaran hebat daripada kelab China itu.

West Ham bagaimanapun berhasrat untuk terus menggunakan khidmat pemain berusia 29 tahun itu dan menegaskan bahawa mereka tidak akan membenarkannya berpindah.

“Marko Arnautovic memiliki kontrak dan dia perlu menghormatinya.

“Dia bukan untuk dijual,” kata kenyataan itu.

Arnautovic menjadi pemain utama kelab di bawah kendalian Manuel Pellegrini musim ini dan berjaya menjaringkan tujuh gol daripada 15 penampilan Liga Perdana Inggeris dan turut menjaringkan gol pembukaan ketika menang 2-0 ke atas Birmingham dalam aksi Piala FA, minggu lalu.-AGENSI