Manchester City sudah pun dinobatkan sebagai juara EPL meskipun mempunyai lima baki perlawanan manakala Manchester United, Liverpool dan Tottenham Hotspur hampir pasti menyertai The Citizens untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara pada musim depan.

Tumpuan aksi EPL pada minggu ini tertumpu kepada tiga pasukan tercorot.

Walaupun West Brom mencipta kejutan apabila menewaskan United 1-0 di Old Trafford sekali gus memberi laluan kepada City untuk menjuarai EPL namun secara matematiknya The Baggies bakal menjadi pasukan pertama tersingkir daripada divisyen utama pada musim depan jika mereka tewas kepada The Reds.

The Baggies akan melayan kunjungan Liverpool esok dan Swansea turut berdepan misi wajib menang apabila menentang City pada Ahad ini bagi memastikan nasib mereka selamat berikutan The Swans berada di ambang zon penyingkiran.

“Kami melalui musim yang panjang dan kami tidak melakukannya dengan baik,” kata pemain tengah West Brom, Chris Brunt. – AFP