Skuad bimbingan Wenger menghidupkan peluang ke saingan elit Eropah itu selepas dua jaringan Alexis Sanchez membolehkan Arsenal menewaskan Sunderland dalam saingan, awal pagi tadi.

Enam kemenangan yang diraih Gunners dalam tujuh perlawanan terakhir mereka membolehkan kelab itu berada di tangga kelima kurang satu mata di belakang pasukan tangga keempat Liverpool dan ketinggalan tiga mata daripada pasukan tangga ketiga Manchester City.

Bagi Arsenal sekiranya mereka mahu melangkah ke saingan Liga Juara-juara maka pasukan tersebut harus mendapatkan kemenangan ke atas Everton pada Ahad ini selain mengharapkan Liverpool atau City terlepas mendapatkan tiga mata.

Sekiranya Liverpool dapat menewaskan Middlesbrough dan City menepati ramalan mengalahkan Watford maka Arsenal terpaksa berpuas hati beraksi dalam saingan Liga Europa namun Wenger masih lagi belum berputus asa.

“Kami mahu berada dalam saingan Liga Juara-juara dan kami akan memanfaatkan setiap peluang sebaiknya.

“Jika anda cuma ada satu peratus sahaja maka anda masih mempunyai peluang,” kata Wenger. - AFP