Bekas pengendali Arsenal berusia 69 tahun itu tidak berada dalam kancah bola sepak sejak meninggalkan London selepas 22 tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Warga Perancis itu dilaporkan bakal mengendalikan Rossoneri selepas Gennaro Gattuso gagal menampilkan aksi cemerlang dalam Serie A musim ini dengan menyaksikan mereka berada di kedudukan keempat, 10 mata di belakang pendahulu, Juventus.

“Saya bolehkan sahkan bahawa ia berita palsu. Saya tidak boleh mengawal khabar angin tetapi saya boleh menguasai kehidupan saya,” katanya.-AGENSI