Mengimbas kembali sepanjang 21 tahun Wenger bersama kelab dari utara London itu, Arsenal masih gagal mengatasi zaman kegelapan biarpun dikendalikan pengurus paling berjaya.

Selepas menamatkan musim dengan tidak mengetahui masa depannya, Wenger memperbaharui kontraknya bersama The Gunners untuk tempoh dua tahun lagi.

“Apabila anda lihat dunia bola sepak, anda fikir mengenai calon yang terbaik..anda tidak akan jumpa calon yang lebih baik daripada Arsene Wenger,” kata Ketua Eksekutif, Ivan Gazidis. - AGENSI