Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wenger makin tertekan, Arsenal kalah lagi

PEMAIN Arsenal kelihat kecewa selepas menyaksikan pertahanan West
PEMAIN Arsenal kelihat kecewa selepas menyaksikan pertahanan West Brom, Craig Dawson meledak gol ketiga untuk menewaskan The Gunners 3-1 dalam aksi liga. - REUTERS

LONDON 13 Mac - Kedudukan Arsene Wenger sebagai pengurus Arsenal semakin terancam selepas pasukan itu tewas lagi dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila tumpas 3-1 kepada West Brom, sebentar tadi.

Dua jaringan Craig Dawson pada minit ke-12 dan 75, selain gol Hal Robson-Kanu di minit ke-55 memastikan West Brom mengutip tiga mata penuh di The Hawthorns, sekali gus melonjak ke tangga kelapan dengan 43 mata.

Bagi Arsenal, kekalahan liga kedua berturut-turut menyebabkan mereka jatuh ke tangga kelima, berada dalam kedudukan bahaya gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.

Kekalahan ini hadir selepas mereka tumpas 3-1 kepada Liverpool pada aksi terakhir liga pada 4 Mac lalu, selain menambah luka The Gunners selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara ekoran kekalahan 1-5 kepada Bayern Munich pada 7 Mac lalu.

Gol tunggal pasukan pelawat disempurnakan oleh Alexis Sanchez pada minit ke-15. - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain