VAR tampil buat kali kedua dalam saingan kelab Inggeris ketika Arsenal berdepan Chelsea di Stamford Bridge.

Kali pertama VAR diperkenalkan ketika Brighton menumpaskan Crystal Palace pada pusingan ketiga Piala Liga, biarpun ia tidak dirujuk pengadil.

Dalam perlawanan itu, pengadil Martin Atkinson mendapatkan pandangan daripada pengadil video Neil Swarbrick, yang berada dalam bilik kawalan Liga Perdana di London barat, membabitkan dua insiden penalti - satu bagi setiap pasukan, bagaimanapun tiada keputusan dibuat.

“Terdapat dua peluang untuk mereka masuk campur. Yang keduanya agak pelik, bola melepasi garisan untuk sepakan sudut, namun mereka kembali bermain dalam kotak penalti.

“Jika pengadil tidak pasti, kami boleh berhenti bermain serta-merta,” katanya.

Penyerang Arsenal Danny Welbeck terlibat dalam insiden penalti kedua di mana pertembungan dengan pemain tengah Chelsea Cesc Fabregas tidak dikira sebagai penalti biarpun pengadil mendapatkan pandangan VAR.

“Saya tidak pasti sama ada VAR melihat insiden tersebut. Sangat jelas saya mendapatkan bola dengan bersih, jadi saya tidak bimbang sama sekali.

“Saya dapat lihat dia (Atkinson) bercakap kepada seseorang di telinganya namun saya, namun saya mendapatkan bola dengan cara bersih,jadi memang saya tidak risau,” katanya.- AFP