Warga Amerika Syarikat, Kathryn Mayorga mendakwa Ronaldo melakukan serangan seksual terhadap dirinya di sebuah hotel di Las Vegas pada 2009 namun bintang Portugal itu menafikan penglibatannya.

Akhbar Jerman, Der Spiegel dalam laporan pertama mereka mendakwa Ronaldo membayar AS$375,000 (RM1.53 juta) kepada wanita itu pada 2010 menerusi perjanjian sulit supaya perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Mayorga kemudiannya memfailkan tuntutan mahkamah untuk mengetepikan perjanjian itu sekali gus membuatkan polis Las Vegas kembali membuka kertas siasatan berhubung kes itu.

Christiansen mengesahkan bayaran itu dibuat kepada Mayorga tetapi mendakwa sebahagian daripada dokumen melibatkan bahan bukti ‘telah dicuri’ dan ‘dipalsukan’ dan pada masa sama Ronaldo menyifatkan tuduhan rogol itu sebagai ‘jenayah keji’ dalam satu kenyataan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Oktober lalu sambil menafikan penglibatannya.

Semalam, Wall Street Journal melaporkan, polis Las Vegas meminta sample DNA daripada Ronaldo.

Christiansen dalam satu kenyataan berkata: “Ronaldo tetap dengan pendiriannya seperti hari ini dengan menyatakan perkara yang berlaku di Las Vegas pada 2009 atas dasar suka sama suka.

“Jadi bukan sesuatu yang mengejutkan jika DNA pemain itu ditemukan dan pihak polis akan membuat permohonan biasa sebagai sebahagian daripada proses siasatan,” katanya.-AGENSI