Walaupun beraksi di laman sendiri namun Everton bermula dengan hambar malah gawang mereka hampir dibolosi menerusi percubaan Ayoze Perez selepas menerima hantaran daripada Kenedy.

Gol Everton dihasilkan selepas Yannick Bolasie membuat hantaran daripada kanan padang sebelum bekas pemain Arsenal, Walcott meledak gol kemenangan untuk membantu The Toffees mengutip 45 mata daripada 35 perlawanan.

Newcastle cuba bangkit pada minit terakhir permainan bagaimanapun mereka gagal untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata berharga dan kekal dengan 41 mata iaitu 12 mata di atas zon penyingkiran.

“Jika kami terus melakar kemenangan saya fikir dengan berada di kedudukan kelapan berbanding lima pasukan tercorot sudah membuktikan kami menunjukkan peningkatan,” kata bos Everton, Sam Allardyce. - REUTERS