Dua pemain tersebut ialah Ahmad Khairil Anuar Zamri dari Perak dan Hadin Azman dari Felda United bagi menggantikan tempat Darren Lok dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Baddrol Bakhtiar (Kedah) yang dilaporkan mengalami kecederaan.

Sementara seorang lagi pemain dari JDT, Junior Eldstal yang sebelum ini berada dalam senarai awal 24 pemain pada 1 November lalu turut tiada dalam senarai akhir Vingada, sekali gus menjadikan hanya 23 pemain akan dibawa ke Thailand.

Skuad kebangsaan akan ke Thailand pada esok bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram pada 10 dan 13 November ini.

Malaysia akan menjalani latihan kedua dan terakhir di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, petang ini sebelum berlepas ke Buriram melalui Bangkok, pagi esok. - UTUSAN ONLINE

Senarai 23 pemain

1. SAFIQ RAHIM (JOHOR DARUL TA’ZIM)

2. AHMAD HAZWAN BAKRI (JOHOR DARUL TA’ZIM)

3. NAZMI FAIZ MANSOR (JOHOR DARUL TA’ZIM)

4. SAFAWI RASID (JOHOR DARUL TA’ZIM)

5. FADHLI SHAS (JOHOR DARUL TA’ZIM)

6. FAZLY MAZLAN (JOHOR DARUL TA’ZIM)

7. IZHAM TARMIZI ROSLAN (JOHOR DARUL TA’ZIM)

8. AFIQ FAZAIL (JOHOR DARUL TA’ZIM)

9. S KUNANLAN (JOHOR DARUL TA’ZIM)

10. AZRIF NASRULHAQ BADRUL HISHAM (JOHOR DARUL TA’ZIM)

11. HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY (PERAK)

12. SHAHROM ABDUL KALAM (PERAK)

13. NAZIRUL NAIM CHE HASHIM (PERAK)

14. AMIRUL AZHAN AZNAN (PERAK)

15. AHMAD KHAIRIL ANUAR ZAMRI (PERAK)

16. WAN ZACK HAIKAL WAN NOR (FELDA UNITED)

17. HADIN AZMAN (FELDA UNITED)

18. KIKO INSA (PAHANG)

19. NOR AZAM ABDUL AZIH (PAHANG)

20. KHAIRULAZHAN KHALID (SELANGOR)

21. ADAM NOR AZLIN (SELANGOR)

22. SYAFIQ AHMAD (KEDAH)

23. SYAMER KUTTY ABBA (PULAU PINANG)