Vingada berasal dari Portugal bakal memulakan tugas pertamanya dengan menentang Korea Utara dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang pada 8 Jun ini sebelum bertemu Lubnan lima hari kemudian di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Jurulatih berusia 64 tahun itu memiliki pengalaman luas dalam bola sepak malah Vingada pernah mengemudi Arab Saudi pada 1996 hingga 1997 kemudian skuad Olimpik Mesir pada 2004 hingga 2005, Jordan (2007 hingga 2009) dan pasukan Olimpik Iran pada 2014. - UTUSAN ONLINE