Keputusan itu dibuat selepas mereka dibelasah 4-0 oleh Getafe, kekalahan ketiga Villareal dalam enam perlawanan. Villarreal berada di tempat ke-14 dalam 20 pasukan keseluruhan.

Villarreal membuka kempen La Liga dengan dua kekalahan bagaimanapun berjaya bangkit dengan dua kemenangan dan satu seri. Mereka juga menang pada aksi pembukaan Liga Europa ke atas Astana dan bakal berdepan Maccabi Tel Aviv pada Khamis ini dalam perlawanan kedua kejohanan tersebut.

Calleja, 39, bekas penyerang Villarreal pernah mengemudi pasukan belia kelab tersebut selama enam musim. Dia pernah beraksi bersama Villarreal selama tujuh musim termasuk ketika membantu kelab tersebut mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2006.

“Kelab ini adalah segala-galanya bagi saya. Saya sentiasa mengimpikan saat ini (menjadi jurulatih). Saya sangat teruja. Pemain sangat komited dan pasukan ini tidak mempunyai batasan,” kata Calleja. - AGENSI