Keputusan yang dibuat badan induk sukan bola sepak Sepanyol itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi membolehkan siasatan berkaitan kes itu dijalankan.

Villar yang merupakan bekas pemain Athletic Bilbao adalah Naib Presiden FIFA dan UEFA.

Dia bersama anaknya, Gorka serta dua lagi pegawai badan induk itu ditahan pada 18 Julai lalu atas dakwaan menyeleweng serta memalsukan dokumen namun Villar menafikan perbuatan itu.-AFP