Veitnam, yang dibimbing jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-Seo mara ke pentas akhir selepas menumbangkan penyandang tempat keempat, Qatar menerusi sepakan penalti penentuan 4-3 setelah masing-masing terikat 2-2 selepas tamat masa tambahan.

Dalam aksi tersebut, negara yang bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar terlebih dahulu berada di depan selepas penyerang Akram Hassan Afif membuka jaringan pada minit ke-39.

Kelebihan tersebut bagaimanapun hanya bertahan 30 minit setelah Vietnam menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah Nguyen Quang Hai.

Penyerang Qatar, Almoez Ali Zainalabiddin Abdulla kemudian meletakkan semula pasukannya di depan pada minit ke-87 sebelum Vietnam sekali lagi menyamakan kedudukan seminit berselang.- UTUSAN ONLINE