Ganjaran itu diumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dalam sidang media selepas majlis makan tengah hari bersama barisan pemain pasukan negeri itu di Hotel Acapella, Seksyen 13, di sini hari ini. 


Jumlah ganjaran itu merupakan tambahan sebanyak RM25,000 berbanding musim lalu. 


Selain itu, para pemain juga bakal berpeluang mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari kelab luar negara sebagai tambahan kepada ganjaran tersebut. 


Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut mengenai kelab luar negara yang akan terlibat dalam perlawanan persahabatan itu. 


“Kalau menang, kita (Kedah) akan cuti hari Ahad iaitu esok sebagai cuti peristiwa,” katanya yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). - UTUSAN ONLINE.