Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Pahang sudah jual 17,000 tiket

Penyokong pasukan Pahang turut membeli baju edisi khas perlawanan
Penyokong pasukan Pahang turut membeli baju edisi khas perlawanan akhir Piala FA selepas membeli tiket di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.

KUANTAN 18 Mei – Semangat berkobar-kobar penyokong skuad Tok Gajah untuk memberi soko­ngan kepada pasukan mereka ketika perlawanan akhir Piala FA menentang Kedah menyaksikan kira-kira 17,000 tiket perlawanan tersebut habis dijual dalam tempoh empat jam di Stadium Darul Makmur, di sini hari ini.

Jurucakap Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) berkata, lebihan tiket yang diperuntukan kepada mereka pula akan terus dijual sebelum bermulanya perlawanan menentang skuad Lang Merah di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini.

“Sebanyak 32,000 tiket dewasa berharga RM50 sekeping dan 750 keping lagi untuk kanak-kanak (RM5 sekeping) diperuntukkan kepada penyokong pasukan Pahang bagi perlawanan akhir Piala FA musim ini.

“Daripada jumlah itu, seba­nyak 6,000 tiket habis dijual menerusi sistem dalam talian. Selebihnya pula diedarkan kepada wakil gabungan persatuan bola sepak di setiap daerah termasuk 17,000 keping di Kuantan yang dijual dalam suasana tenang,” katanya di sini hari ini.

Sebanyak tujuh kaunter tiket dibuka di setiap pintu masuk di Stadium Darul Makmur untuk mengelakkan penyokong bersesak-sesak.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Laksamana Tok Gajah, Mohd. Jusri Abd. Kadir berkata, penyokong pasukan Pahang bersepakat untuk memakai jersi pasukan pelawat di Stadium Shah Alam Sabtu ini.


Video oleh MAHATHIR ALI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain