Malaysia menamatkan aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2018 dengan keputusan seri 2-2 menentang Thailand di Stadium Rajamangala dan keputusan tersebut membolehkan Harimau Malaya melangkah ke saingan akhir menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.

“Sejujurnya, saya sudah dapat menjangkakan kemenangan ini setelah melihat prestasi keseluruhan pemain. Selain itu, sinergi jurulatih Tan Cheng Hoe dan barisan pemain yang mantap telah menghasilkan natijah yang membanggakan semalam.

“Gol Malaysia yang pertama oleh Syahmi Safari pada minit ke-29 mengingatkan saya kepada nostalgia gol jaringan legenda dan bekas kapten Brazil, Socrates. Bagi saya, itu antara gol yang terbaik setakat ini.

“Syabas dan tahniah! Cuma, jangan leka dan terus membina semangat untuk melakar kejayaan yang sudah tertangguh beberapa tahun,” tulis Zulkifli dalam status facebook beliau dengan tajuk Tahniah Harimau Malaya. - UTUSAN ONLINE