Video oleh AIZAWATI AHMAD

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Muhammad Khairi Ismail (min. 15) dan Thaohong Narongchai (gol sendiri - min. 39), manakala gol pasukan Thailand dijaringkan oleh Wanna Nattapong (min. 27, 56) dan Suksang Sanya (min. 69).

Para pemain yang gagal menyembunyikan kekecewaan terpaksa ditenangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Esok, pasukan negara akan beraksi menentang Singapura bagi penentuan tempat ketiga/keempat. - UTUSAN ONLINE