Tanpa mendedahkan nama jurulatih terbabit, Naib Presidennya, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, tiga individu tersebut kini sedang dinilai secara teliti oleh pihak pengurusan mengenai kemampuan mereka untuk meneruskan rentak cemerlang pasukan.

“Penelitian sedang dibuat dan setakat ini tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang ditawarkan untuk menjadi jurulatih Kedah.

“Ada dalam kalangan mereka yang namanya dicalonkan oleh Cheng Hoe sendiri. Mereka terdiri daripada jurulatih asing dan tempatan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika hadir ke pekarangan Stadium Darul Aman bagi menyampaikan kata-kata semangat buat para pemain yang berangkat ke Ipoh untuk menentang PKNP FC dalam perlawanan kedua suku akhir Piala FA, malam esok. - UTUSAN ONLINE

Video oleh MOHD. RAFIE AZIMI