Walaupun tiket mula dijual pukul 10 pagi, para penyokong dari seluruh negeri ini mula berbaris di kaunter jualan tiket sejak pukul 6 pagi.


Sebanyak 32,000 tiket penyokong dewasa dan 750 keping untuk kanak-kanak diperuntukkan kepada kedua-dua pasukan bagi perlawanan akhir Piala FA 2017 antara Pahang dengan Kedah yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini. 


Para penyokong Tok Gajah juga tidak melepaskan peluang mendapatkan jersi penyokong edisi khas sempena perlawanan akhir tersebut yang dijual di pekarangan stadium berkenaan - UTUSAN ONLINE