Video oleh SYEFRY MONIZ

Misagh Medina yang bermain di posisi tengah serangan dan sayap kanan, merupakan seorang doktor gigi bertauliah dan mewakili Kelab Global Cebu FC di Liga Bola Sepak Filipina.

Wander Luiz Bitencourt pula pernah beraksi dalam Liga Bola Sepak Profesional Arab Saudi bersama Kelab Al- Raed.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, pemilihan kedua-dua pemain yang masing-masing berusia 31 tahun itu dibuat selepas mereka melepasi ujian kecergasan dan kesihatan.

"Kehadiran dua pemain ini diharap mampu merealisasikan sasaran Perak untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala dalam saingan musim ini," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Abdul Puhat turut diumumkan Nor Hakim Hassan dari pasukan T-Team FC dan Brendan Gan yang telah pulih daripada kecederaan menyertai Perak.

Mohd. Nasir Basharudin pula diumumkan sebagai ketua pasukan. - UTUSAN ONLINE