Daripada reaksi mereka, ramai yang melihat tindakan ketua pasukan Harimau Malaya itu boleh dielakkan dan dia memijak Cancela secara sengaja.

Bagaimanapun ada juga yang mempertahankan bintang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dengan menyifatkan dia berada dalam kedudukan 50-50 yang mana insiden itu berlaku pantas.

Melihat kepada ulang tayang gerak perlahan, terjahan yang dilakukan oleh Cancela terlalu pantas, dengan kaki kanan Safiq tidak sempat untuk mendarat ke tanah setelah cuba melepaskan diri daripada kawalan penyerang skuad Dragons, Jaimes McKee.

Malaysia kalah 2-0 dalam perlawanan di Stadium Hong Kong hasil jaringan Jorge Tarres pada minit ke-44 dan McKee (m-49).- UTUSAN ONLINE