Vidal turut memberitahu dia adalah wira yang tidak pernah meninggalkan Chile dan akan terus berbakti kepada skuad kebangsaannya.

“Setiap kali saya dipanggil, saya sentiasa boleh bermain untuk pasukan kebangsaan.

“Chile ialah pasukan hebat malah saya bangga berada dalam kumpulan ini dan saya tidak akan meninggalkannya hingga penghujung,” kata pemain berusia 30 tahun itu menerusi kenyataan dalam akaun sosial Twitter.

Semalam, juara dua kali berturut-turut Copa America, Chile tersingkir daripada kelayakan Piala Dunia 2018 selepas tewas 0-3 kepada Brazil.

Kekalahan tersebut memberi kesan mendalam kepada semua pemain termasuk Vidal sendiri apabila mengumumkan bahawa masa depannya bersama Chile sudah berakhir sebelum mengeluarkan kenyataan masih setia bersama pasukan kebangsaan. - AFP