Solskjaer dilantik sebagai pengendali sementara pada Disember lalu dengan menggantikan Jose Mourinho sebelum diberikan jawatan tetap selepas menampilkan aksi cemerlang.

Bagaimanapun, perjalanan sempurna itu tidak kekal lama dengan mereka menamatkan saingan musim ini di luar kelompok empat terbaik dan hanya akan beraksi dalam saingan Liga Europa musim hadapan.

“Mereka hanya melalui musim yang buruk.

“Sebelum ini, adalah normal untuk memberikan masa kepada pengurus tetapi kini selepas kalah enam perlawanan, dia harus dipecat. Adakah ini penyelesaian terbaik?

“Berikan dia masa, dia adalah bekas pemain daripada kelab itu.

“Sebelum ini semua mahu dia diberikan jawatan tetap. Sejak itu, nasib mereka sedikit berubah dan kalah dalam beberapa perlawanan.

“Ya, musim ini sukar buat mereka tetapi musim hadapan mereka akan bangkit semula,” kata pemain berusia 35 tahun itu.-AGENSI