Pertahanan Southampton itu menjadi buruan Liverpool pada musim panas ini dan The Reds sebelum ini mengemukakan permohonan maaf kepada The Saints selepas didakwa menjalankan rundingan secara tidak sah dengan pemain itu.

Chelsea merupakan kelab terbaharu yang menyuarakan hasrat untuk membawa pemain yang berharga 50 juta pound (RM279.22 juta).

Van Dijk kini menjalani latihan sendiri dan pada masa sama menafikan dakwaan dia enggan menyertai latihan bersama Southampton.

Bintang Belanda itu sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa The Saints sudah mengetahui hasratnya untuk meninggalkan kelab itu sejak enam bulan lalu.

Van Dijk berkata, keputusan kelab untuk mengambil tindakan disiplin terhadapnya membuatkan dia terpaksa memohon untuk meninggalkan kelab itu.

“Dengan penuh kekesalan saya mengesahkan bahawa saya sudah diberikan ruang untuk meninggalkan Southampton,” katanya.-AGENSI