Pendahulu La Liga sudah pun meletakkan satu kaki mereka ke pentas separuh akhir kejohanan setelah melakar kemenangan bergaya 4-1 dalam aksi suku akhir pertama di Nou Camp, minggu.

Bagaimanapun, Valverde percaya lawannya itu boleh mencipta kejutan memandangkan mereka tidak pernah melayakkan diri dalam empat pasukan terakhir selepas kali terakhir melakukannya pada 1984.

“Saya sudah lama berkecimpung dalam bidang kejurulatihan di mana perkara ajaib boleh berlaku dalam permainan. Mungkin aksi sama seperti perlawanan suku akhir pertama namun pasti mereka memberi tekanan yang lebih kepada kami.

“Sejarah pernah mengajar kita, di peringkat ini sukar untuk melihat gawang kami dibolosi namun kami tidak fikir mereka tidak mempunyai peluang atau mereka tidak membuat percubaan.

“Satu kesilapan boleh meningkatkan keyakinan lawan dan mereka boleh menghalang kami walaupun kami sudah menghampiri separuh akhir kejohanan. Kmai tidak fikir kami sudah layak, masih belum diputuskan. Kami mempunyai keputusan yang bagus di Nou Camp dan kami ada kelebihan namun kami perlu bermain seperti kedudukan masih 0-0,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco berjaya mengawal dengan rapi ayam tambatan Barcelona iaitu Lionel Messi meskipun mereka dibolosi empat kali. Dua daripadanya adalah gol sendiri.

“Semua orang fikir dia tidak cergas dan tiba-tiba dia menjaringkan hatrik (dalam aksi La Liga) pada Ahad lalu. Itu bermakna kami berjaya mengawal pergerakannya. Kami juga mengurangkan ruangnya sebanyak yang boleh,” katanya. - AFP