Kemenangan itu menyaksikan Utusan FC seterusnya bakal bertemu Bernama yang melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas NSTP SC. Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 13 November ini.

Sementara itu, perlawanan suku akhir Utusan FC menentang MPPA berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan sukar menembusi benteng lawan sehinggalah pemain sayap kiri Rozaidi Zulkifli menghasilkan gol pertama menerusi sepakan bebas untuk Utusan FC mendahului.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila MPPA kembali menyamakan kedudukan menerusi Azlan Kamarazaman, tendangan bebas hasil tendangan bebas.

Bagaimanapun, pemain sayap kanan Farid Januddin muncul wira Utusan FC selepas menjaringkan gol kemenangan menerusi rembatan cantik untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Sementara itu TV3 mengesahkan tempat di separuh akhir selepas membelasah The Sun 8-0 dan akan bertemu RTM FC atau Awani FC.