Forum itu akan disertai beberapa panel terkemuka yang mempunyai pengalaman cukup luas mengenai bola sepak negara iaitu ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee; bekas pemain kebangsaan pada era 1970-an, Datuk Santokh Singh; pengkritik sukan dan bekas wartawan, Rizal Hashim, dan pengulas sukan, Hafizal Hamad selaku moderator.

Peminat bola sepak tempatan diundang untuk menghadiri forum yang akan berlangsung bermula pukul 4 petang di Ibu Pejabat Utusan di ibu negara di mana mereka akan turut diberi peluang untuk turut sama melontarkan pandangan.

Peminat bola sepak yang ingin menghadiri forum berkenaan boleh membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi goo.gl/yHLjHY. Penganjur hanya membuka 130 penyertaan kepada orang ramai.

Mereka yang hadir akan mendapat cenderamata dan berbuka puasa bersama-sama.