Berdasarkan laporan akhbar Britain, Mirror, Ole Gunnar Solskjaer yakin United boleh memanfaatkan situasi tidak menentu di Newcastle bagi mendapatkan khidmat pemain antarabangsa England Bawah-21 tahun itu pada harga serendah 25 juta pound (RM132 juta).

The Magpies, bulan lalu, yang dilaporkan bakal diambil alih oleh kumpulan pelabur dari Arab Saudi, tetapi usaha tersebut gagal direalisasikan, sementara masa depan pengurus, Rafa Benitez juga berada dalam spekulasi.

Longstaff pada awalnya bersedia untuk memberikan komitmen kepada kelab tempat kelahirannya itu, bulan lalu, tetapi ‘godaan’ perpindahan ke Old Trafford mungkin sukar untuk ditolaknya, memandangkan Solskjaer kini sedang membentuk skuad baharu dengan dibarisi pemain muda Britain. - AGENSI