Alderweireld telah menjadi sasaran No. 1 Jose Mourinho sepanjang musim panas ini dan kedua-dua kelab akhirnya mencapai persetujuan.

Tottenham menuntut harga sebanyak 75 juta pound (RM396 juta) untuk khidmat Alderweireld, dan kata sepakat telahpun dicapai bagi membolehkan United melengkapkan perjanjian.

Bagaimanapun, media Britain mendakwa perpindahan Alderweireld ke Old Trafford masih belum boleh disahkan sehinggalah Spurs menandatangani penggantinya.

Tottenham mempunyai tempoh sehingga, Khamis ini, untuk mencari bek tengah baharu, tetapi dalam masa sama United juga bersedia berdepan kemungkinan terlepas Alderweireld.

United turut mencari pilihan alternatif sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan telahpun mengadakan rundingan dengan Barcelona bagi mendapatkan khidmat Yerry Mina dan Bayern Munich mengenai Jerome Boateng. - AGENSI