Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

United rugi RM279 juta

Jika gagal ke Liga Juara-Juara musim depan

UNITED bakal mengalami kerugian besar jika gagal melayakkan diri ke Liga Juara- Juara, musim depan.
UNITED bakal mengalami kerugian besar jika gagal melayakkan diri ke Liga Juara- Juara, musim depan.

LONDON 17 Mei - Sekiranya tewas kepada Ajax dalam final Liga Europa hujung bulan ini, ia akan menyebabkan Manchester United kerugian sekitar 50 juta pound (RM279 juta).

Berdasarkan laporan kewa­ngan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Kewangan United, Cliff Baty mengesahkan, gergasi Liga Perdana Inggeris itu bakal kehilangan 30 peratus daripada tajaan pengeluar barangan sukan antarabangsa, Adidas.

Jika layak ke Liga Juara-Juara musim depan, United bakal me­nerima 70 juta (RM392 juta), namun gagal melayakkan diri bermakna penajaan mereka akan dipotong sebanyak 21 juta pound (RM117 juta).

Hanya dengan menjuarai Liga Europa menjadi jalan penyelesai­an buat United beraksi dalam kejohanan kelab elit Eropah itu selepas peluang melayakkan diri menerusi laluan domestik hampir tertutup.

Kekalahan 2-1 kepada Tottenham Ahad lalu, menyebabkan skuad kendalian Jose Mourinho menghuni tangga keenam liga dengan 65 mata, lapan mata di belakang pasukan tangga keempat, Liverpool.

Baty menjangkakan, kejayaan membuat penampilan dalam Liga Juara-Juara membolehkan United meraih sekitar 40 hingga 50 juta pound (RM224-RM280 juta).

“Bayaran akan berkurangan 30 peratus tahun depan. Jumlah penajaan Adidas bakal meningkat kepada 70 juta pound jika kita la­yak ke Liga Juara-Juara, namun jika tidak layak bermakna kita kehilangan 21 juta pound.

“Jelas sekali Liga Juara-Juara menjana perolehan terbesar buat kelab.

“Dalam Liga Juara-Juara, kami jangkakan untuk meraih sekitar 40 juta hingga 50 juta pound, se­dangkan Liga Europa hanya menjana pendapatan 15 juta hingga 20 juta pound (RM84 juta hingga RM112 juta),” kata Batty.

Dalam pada itu, United meramalkan rekod perolehan mereka akan meningkat kepada 570 juta pound (RM3 bilion) pada suku ketiga tahun ini.

Jumlah tersebut meningkat 30 juta pound (RM167 juta) berban­ding suku tahun kedua, perkembangan yang masih melegakan Naib Pengerusi Eksekutif kelab, Ed Woodward. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain