United berada di bawah tekanan selepas lima musim tidak memenangi EPL dan hanya berjaya membawa masuk pemain tengah Brazil, Fred pertahanan Portugal, Diogo Dalot dan penjaga gol, Lee Grant.

“Kami perlu membawa masuk pemain bertaraf bintang yang berpengalaman luas.

“Dia (Vidal) pemain hebat dan rakan sepasukan saya di Chile. Dia pemain contoh yang perlu kita dapatkan untuk memenangi trofi dan bertanding di peringkat tertinggi,” kata Sanchez.

Vidal diikat Barcelona selama tiga tahun selepas pemain itu membuat keputusan untuk meninggalkan Bayern Munich. - REUTERS