Kejayaan itu menyaksikan mereka kini mengumpul 65 mata di hadapan Liverpool yang kekal di tempat ketiga dengan perbezaan lima mata dan ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu, City.

Skuad kendalian Jose Mourinho menampilkan aksi meyakinkan setelah membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 menerusi Marcus Rashford yang berjaya menyudahkan hantaran Romelu Lukaku.

Rashford yang juga penyerang skuad kebangsaan England terus menampilkan aksi cemerlang dengan meledak gol kedua selang 10 minit selepas itu untuk mele­takkan United dalam kedudukan selesa.

Skuad kendalian Jurgen Klopp terus menggandakan asakan untuk mengurangkan defisit jaringan dan berjaya memperoleh gol saguhati pada minit ke-66 selepas hantaran Emre Can terkena kaki Eric Bailly yang kemudiannya menerjah ke gawang United yang sekali gus menewaskan David de Gea.

Liverpool kemudian terus mengatur serangan demi sera­ngan untuk menyamakan kedudukan, namun keputusan 2-1 kekal hingga tamat permainan.