Liverpool bertandang ke Old Trafford untuk berdepan United yang sudah mendapat nafas baharu di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

Kali terakhir kedua-dua musuh ketat itu bertemu adalah di Anfield pada 19 Disember lalu, yang menyaksikan skuad bimbingan Jose Mourinho tumpas 1-3.

Bagaimanapun prestasi United sudah jauh merubah sejak Solskjaer mengambil alih pasukan apabila mereka menang 11 daripada 13 perlawanan, dan kembali dalam empat kelompok terbaik Liga Perdana.

"Saya fikir mereka sangat berbeza sekarang. Mereka sudah menang 11 perlawanan dan kembali menemui keyakinan.

"Mereka agak bergelut sebelum ini (di bawah bimbingan Mourinho) tetapi menunjukkan prestasi baik sekarang.

"Apabila anda bermain untuk Liverpool menentang Manchester United atau Everton, amda sedar betapa besarnya perlawanan ini," kata Salah kepada Sky Sports. - AGENSI