Beraksi tanpa ramai pemain bintang, skuad bimbingan Jose Mourinho itu memperoleh gol menerusi Jesse Lingard dan Anthony Martial di babak kedua selepas diikat tanpa jaringan di babak pertama.

Kedua-dua gol adalah hasil gerakan yang diilhamkan Paul Pogba. Bagi Lingard, ini adalah gol ke-10 yang dijaringkannya musim ini dan keempat dalam lima perlawanan terbaharu United. - AFP