United menewaskan penyandang juara, Chelsea 2-0 di Stamford Bridge awal pagi semalam (waktu Malaysia) dan kini Red Devils memburu Piala FA ke-13 selepas kali terakhir memenanginya pada 2016. United bertandang ke Molineux untuk menentang Wolves selepas mereka menewaskan Bristol City pada Ahad lalu.

“Sekali lagi perlawanan di tempat lawan selepas Arsenal dan Chelsea namun inilah bola sepak. Kami perlu menghadapinya dengan cara yang sukar. Wolves pasukan yang sukar untuk dihadapi,” kata jurulatih sementara United, Ole Gunnar Solskjaer.

Dalam pada itu, City akan bertandang ke selatan Wales untuk menghadapi kelab daripada liga Kejohanan, Swansea yang menewaskan Newport di pusingan kelima.

Watford akan bertemu Crystal Palace manakala Millwall menentang Brighton dalam satu lagi aksi suku akhir Piala FA. - AFP