The Red Devils menamatkan saingan peringkat kumpulan di depan Basel yang turut mara setelah melakar kemenangan 2-0 ke atas Benfica.

Kemenangan itu menyaksikan United muncul juara kumpulan dengan mengumpulkan 15 mata, tiga mata di depan Basel yang menghuni tangga kedua dan enam mata meninggalkan CSKA Moscow yang berada di kedudukan ketiga.

CSKA Moscow akan beraksi dalam saingan Liga Europa selepas tamat cuti musim sejuk.

Dalam aksi di Old Trafford, United yang terlepas beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada awal perlawanan dikejutkan jaringan pembukaan oleh pasukan pelawat menerusi Vitinho pada minit ke-45.

Namun, Romelu Lukaku dan Marcus Rashford menyelamatkan maruah tuan rumah apabila masing-masing menjaringkan satu gol untuk memastikan kemenangan buat pasukan itu pada minit ke-64 dan ke-66. -AFP