Kontrak pemain Sepanyol itu akan tamat pada hujung musim ini bersama United dan dia masih belum bersetuju untuk menandatangani perjanjian baharu.

PSG berkata mereka mengikuti rapat perkembangan Herrera dan merancang untuk mendapatkannya secara percuma.

Media tempatan Britain, The Sun mendakwa PSG sudah pun mengadakan rundingan bersama Herrera dan dijangka akan mendatangani kontrak perjanjian bernilai 150,000 pound (RM798,000) seminggu.

Pemain berusia 29 tahun itu merupakan watak utama United yang kini dibawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer namun dia kelihatan sudah bersedia untuk meninggalkan Old Trafford berpndah ke bandar besar Paris.

United ada membuat rundingan bersamanya untuk melanjutkan kontrak namun tawaran yang lebih lumayan daripada PSG membuatkan Herrera tidak senang duduk.- AGENSI