Komen berbentuk diskriminasi yang ditujukan kepada pertahanan United itu muncul di laman Twitter selepas mereka tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara.

Young beraksi sepenuh masa ketika skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer tewas 0-3 dalam aksi timbal balas kejohanan elit Eropah itu.

“Manchester United mengutuk komen-komen berbaur perkauman di media sosial selepas aksi Liga Juara-Juara.

“Kami sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan akan mengambil tindakan paling tegas terhadap mereka.

“Tiada tempat untuk unsur perkauman dalam sukan ini, dalam masyarakat secara menyeluruh dan kami komited untuk membebaskan bola sepak daripada sebarang bentuk diskriminasi,” katanya.-AGENSI