Ulreich menjadi penjaga gol pilihan utama pada September lalu selepas rakan sepasukannya, Neuer mengalami keretakan di tulang kaki sewaktu menjalani latihan bersama pasukan.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu diberi tanggungjawab besar untuk menjaga gawang kelabnya bagi menghadapi Sevilla dalam aksi suku akhir kedua kejohanan berprestij di Eropah di Allianz Arena, esok.

Bayern mempunyai kelebihan apabila melakar kemenangan 2-1 dalam aksi suku akhir pertama kejohanan tersebut.

“Menentang Sevilla merupakan pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya sngat gembira kerana dapat beraksi di pentas suku akhir Liga Juara-Juara,” kata Ulreich.

Ulreich menyertai Byaern pada 2015 dari Stuttgart dan telah melakukan 24 penampilan daripada 47 aksi Bundesliga pada musim ini sepanjang ketiadaan Neuer.

Walaupun Ulreich menjadi satu-satunya pemain Bayern yang tidak beraksi bersama skuad kebangsaan negaranya dalam kesebelasan utama kelab itu namun dia membuktikan kemampuannya dengan aksi konsisten.

“Harapan yang diletakkan kepada saya amat tinggi, jika saya dibolosi, akan ada peminat yang berkata ‘Manu pasti menyelamatkan bola itu. Mereka sering menyaksikan penjaga gol bertaraf dunia dan sudah tentu anda mahu menyamakan diri anda.

“Situasi seperti itu sering mengganggu saya namun kini saya sudah menemui cara untuk tidak membenarkan ia menjejaskan aksi saya. Apa yang penting adalah pandangan jurulatih.

“Anda semakin membesar dan perlu menghadapi cabaran pada waktu yang sama, peminat dan pemain senior sudah melihat kualiti yang saya miliki,” katanya. - AFP